Meta Dilaporkan Sedang Bangunkan Enjin Carian Sendiri – Dikuasakan Kecerdasan Buatan
Aman
Meta, syarikat sebalik Facebook, Instagram, dan WhatsApp, kini dilaporkan sedang membangunkan enjin carian mereka tersendiri, yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan. Langkah ini juga akan mengurangkan kebergantungan Meta dan penggunanya terhadap enjin carian Google dan Bing oleh Microsoft.
Dengan langkah ini, para penguna WhatsApp, Instagram dan Facebook boleh terus bertanyakan kepada Meta AI berkenaan pelbagai perkembangan semasa, dan menerima jawapan tanpa perlu meninggalkan aplikasi berkenaan. Meta sendiri sebelum ini dilaporkan telah mula bekerjasama dengan syarikat penerbitan berita untuk tujuan ini.
Langkah ini turut akan mengurangkan kebergantungan Meta kepada pihak ketiga seperti Google dan Bing dalam mendapatkan informasi berkaitan berita, sukan, dan saham.
Selain Meta, OpenAI turut sedang membangunkan enjin carian dikuasakan kecerdasan buatan dinamakan SearchGPT – namun jawapan yang diberikan kadang-kala berhalusinasi, dan tidak tepat.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.