Apple Magic Trackpad, Keyboard dan Mouse Dikemaskini Dengan Sambungan USB-C
October 29, 2024
Apple
Effi Saharudin
Seperti yang telah diramalkan sebelum ini, Apple Magic Trackpad, Magic Keyboard dan Magic Mouse telah dikemaskini dengan sambungan USB-C. Dengan ini tiada lagi aksesori untuk komputer Apple menggunakan port Lightning.

Magic Keyboard dengan USB-C turut hadir dengan pengimbas Touch ID dan kekunci nombor terbina. Yang mengecewakan ialah port pengecasan Magic Mouse masih lagi di bahagian bawah membuatkan ia tidak boleh digunakan ketika sedang dicas. Ketiga-tiga aksesori ini ditawarkan dalam warna putih dan juga hitam.
Di Malaysia harga juga ketiga-tiga aksesori terkini dengan USB-C adalah seperti di bawah.
- Apple Magic Mouse – RM399
- Apple Magic Trackpad – RM599
- Apple Magic Keyboard with Touch ID and Numeric Keypad – RM799
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.