Ciri Netflix Moments Memudahkan Perkongsian Babak Menarik Ke Media Sosial
Effi Saharudin
Menonton filem dan siri menarik kini ialah aktiviti sosial. Perkongian babak yang dirasakan paling menarik boleh membantu mempromosikan filem atau siri tertentu. Hari ini Netflix memperkenalkan ciri baharu yang dipanggil Moments yang akan memudahkan babak menarik dikongsi ke media sosial.

Dalam aplikasi telefon pintar, butang Moments akan dapat dilihat pada bucu bawah kiri skrin. Apabila ditekan pengguna boleh memilih untuk kemudiannya berkongsi permulaan babak di media sosial seperti Instagram, WhatsApp, Snapchat atau memilih pautan yang kemudiannya boleh dikongsi ke platform pilihan.
Setiap Moments kemudiannya akan disimpan pada tab My Netflix supaya boleh digunakan semula. Pada ketika ini ciri Moments hanya diaktifkan pada aplikasi iOS pengguna di Amerika Syarikat sebelum dikembangkan kepada sistem operasi serta negara-negara lain.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.