Malam tadi Apple telah melancarkan iMac baharu dengan cip M4. Ia hadir dengan integrasi Apple Intelligence, menjalankan macOS Sequoia, skrin 24-inci beresolusi 4.5K Retina dengan pilihan lapisan tekstur nano, kamera Center Stage 12MP dan 4x Thunderbolt 4. Harga jualan adalah bermula dari RM5,799 dan boleh mencapai sehingga RM12,649.
Menariknya, iMac M4 ini adalah peranti Mac pertama Apple yang menyokong output satu skrin sehingga 8K dengan kadar segar semula 120Hz. Sebelum ini peranti Mac berkuasa hanya menyokong sehingga 8K 60Hz. Walau bagaimanapun tidak semua iMac M4 menyokong ciri ini, hanya model dengan GPU 10-teras sahaja boleh. Model dengan GPU 8-teras akan terhad kepada 6K 60Hz.
Untuk sambungan kepada dua skrin iMac M4 menyokong 6K 60Hz. Ini bermakna terdapat potensi besar untuk peranti Mac lain dengan cip M4 yang bakal dilancarkan turut akan menerima ciri sambungan skrin seperti ini.