Apple Mengesahkan Ciri Apple Intelligence Lain Akan Tiba Pada Bulan Disember
Fahim Zahar
Hari ini akses kepada Apple Intelligence telah diberikan kepada semua pengguna yang menggunakan peranti Apple yang layak. Ciri kecerdasan buatan generatif ini boleh digunakan pada iPhone dengan cip A17 Pro, A18 dan A18 Pro, iPad serta Mac dengan cip Apple M. Kemas kini ini adalah melalui iOS 18.1, iPadOS 18.1 dan macOS Sequoia. Walau bagaimanapun, ciri Apple Intelligence yang diberikan masih tidak lengkap.

Dalam pengumuman Apple, mereka telah mengesahkan yang ciri Apple Intelligence lain akan tiba pada bulan Disember. Setakat ini ciri yang boleh digunakan adalah Siri yang boleh memahami pengguna secara mendalam, Writing Tools, Photos dengan Clean up dan Memories, Mail dengan emel penting disemat dan kandungan dirumuskan, rumusan lambakan notifikasi dan transkripsi audio menjadi teks.

Bulan Disember nanti Image Playground, Image Wand, Genmoji dan integrasi ChatGPT pula akan diperkenalkan. Ia dijangka akan tiba dalam kemas kini iOS 18.2, iPadOS 18.2 dan macOS Sequoia. Dalam kemas kini ini juga sokongan bahasa akan dikembangkan kepada tambahan Inggeris Australia, Inggeris Kanada, Inggeris New Zealand, Inggeris Amerika Selatan, Inggeris Irish, dan Inggeris UK.
[sumber] Apple [/sumber]