Rekaan Kompak Mac Mini Membuatkan Apple Meletakkan Butang Kuasa Pada Bahagian Bawah
Aman
Apple sedia dikritik ramai disebabkan oleh rekaan tetikus mereka yang memerlukan pengecacsan dicucuk pada bahagian bawah tetikus berkenaan – sekaligus membuatkan rekaannya tidak begitu mesra pengguna. Tidak setakat tetikus, kini melalui Mac Mini baharu yang membawa kepada rekaan kompak, Apple turut memilih untuk meletakkan butang kuasa pada bahagian bawahnya.

Ini sekaligus mungkin membuatkan pengguna agak sukar apabila setiap kali ingin memulakan komputer mereka, apatah lagi sekiranya ia diletakkan pada kedudukan yang sempit. Namun, mungkin ini tidak menjadi masalah bagi pengguna yang menetapkan komputer mereka sentiasa aktif, dan tidak perlu memulakannya selalu.

Bagi anda sendiri, apakah pendapat anda berkenaan pilihan rekaan Mac Mini baharu dengan butang kuasa dibahagian bawah ini?