ChatGPT Kini Membolehkan Anda Mencari Sejarah Perbualan Di Web
Fahim Zahar
Era kecerdasan buatan generatif sekarang membuatkan saya sangat cemburu dengan pelajar-pelajar di Universiti, kerana mereka boleh menggunakan chatbot AI untuk membantu menyiapkan tugasan dan ulangkaji. Terbaru, OpenAI telah menambah ciri pada ChatGPT yang memudahkan lagi pengguna untuk melakukan rujukan berdasarkan perbualan lepas.

ChatGPT di web kini menyokong carian sejarah perbualan. Bermakna, pengguna boleh mencari mana-mana topik yang pernah dibincangkan untuk rujukan semula. Mungkin jika sebelum ini anda lupa untuk menyalin teks yang telah dirumuskan, draf surat yang telah dijana lupa untuk disimpan dan banyak lagi – kini anda boleh cari semula dan simpan ke tempat lain yang lebih mudah untuk diakses.
Ciri ini akan diberikan kepada pengguna Plus dan Team terlebih dahulu. Kemudian pada minggu hadapan pengguna Enterprise dan Edu pula akan menerimanya. Untuk pengguna biasa, ciri ini akan diberikan bermula bulan hadapan.
[sumber] X – OpenAI [/sumber]