IDC – Pengeluaran Telefon Pintar Meningkat 4% Pada Q3 2024 Dengan Samsung Teratas
October 30, 2024
Peranti
Effi Saharudin
Pengeluaran telefon pintar meningkat sebanyak 4% pada Q3 2024 berbanding suku sama tahun lalu menurut laporan IDC. Secara keseluruhan pengeluaran telefon pintar meningkat ke 316.1 juta berbanding 303.9 juta. Samsung ialah pengeluar dengan pegangan pasaran tertinggi iaitu 18.3% diikuti oleh Apple (17.7%), Xiaomi (13.5%), Oppo (9.1%) dan Vivo (8.5%).
| Syarikat | Pengeluaran 3Q24 | Pegangan Pasaran 3Q24 | Pengeluaran 3Q23 | Pegangan Pasaran 3Q23 | Perubahan Tahun ke Tahun |
| Samsung | 57.8 | 18.3% | 59.5 | 19.6% | -2.8% |
| Apple | 56.0 | 17.7% | 54.1 | 17.8% | 3.5% |
| Xiaomi | 42.8 | 13.5% | 41.5 | 13.6% | 3.3% |
| Oppo | 28.8 | 9.1% | 27.2 | 8.9% | 5.9% |
| Vivo | 27.0 | 8.5% | 22.0 | 7.2% | 22.8% |
| Lain-Lain | 103.7 | 32.8% | 99.6 | 32.8% | 4.1% |
| Jumlah (juta) | 316.1 | 100.0% | 303.9 | 100.0% | 4.0% |
Walaupun Samsung di tangga teratas lima pengeluar dengan pegangan pasaran terbesar, mereka mencatatkan penyusutan 2.8% berbanding suku sama tahun lalu. Pengeluar lain kesemuanya mencatatkan peningkatan tetapi Vivo menunjukkan perubahan terbesar 22.8% diikuti oleh Oppo (5.9%).
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.