Huawei Mate 70 Bakal Dilancarkan Di China Pada November
Aman
Huawei kini dijangka bakal memperkenalkan telefon pintar mercu mereka yang seterusnya, iaitu Huawei Mate 70 pada bulan November 2024 kelak. Huawei dijangka akan memfokuskan kepada pasaran Mate 70 terlebih dahulu, dan tidak diketahui lagi berkenaan pasaran global bagi telefon pintar ini.

Langkah pengenalan ini dijangka akan terus membolehkan Huawei menerajui pasaran telefon pintar di China, melangkaui Apple dan yang lain. Sebelum ini, pada bulan ini, Huawei turut telah memperkenalkan sistem operasi generasi baharu mereka bebas daripada Android, iaitu HarmonyOS 5.0.
Mengikut beberapa desas-desus awal, Huawei menyasarkan pengeluaran lebih tinggi untuk siri Mate 70 kali ini. Ia dijangka dikuasakan cip Kirin yang dibangunkan oleh Huawei, selain menggunakan empat kamera pada bahagian belakang peranti.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan Huawei Mate 70 ini pada November 2024 ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.