Cip Apple M4 Max Diumumkan – Ini Perbezaannya Dengan M4 dan M4 Pro
Effi Saharudin
Dengan pelancaran MacBook Pro baharu lewat malam semalam, cip Apple M4 Max juga diumumkan pada waktu yang sama. Ini bermakna kini terdapat tiga varian cip ini di pasaran sekarang iaitu Apple M4, Apple M4 Pro dan Apple M4 Max. Apakah perbezaan antara ketiga-tiga cip ini?

Apple M4 Max
Apple M4 Max ialah varian paling berkuasa sekarang sebelum Apple M4 Ultra yang dijangka akan diperkenalkan menerusi Mac Pro baharu kelak. M4 Max ialah cip yang dilengkapi 16 teras yang terdiri daripada 12 teras CPU prestasi tinggi dan 4 teras CPU kecekapan. Ia dipadankan pula dengan GPU 40 teras yang memberikan peningkatan kemampuan memproses hampir 2X berbanding M1 Max.

M4 Max menyokong memori sehingga 128GB RAM. Menerusi Media Engine terkini pula, M4 Max mempunyai dua enjin pengekodan video ProRes yang mempercepatkan proses penghasilan video oleh pengkarya. Seperti M4 Pro, M4 Max juga hadri dengan sokongan Thundrbolt 5 yang menyokong pemindahan data sehingga 120 Gb/s.
Perbezaan Antara Cip
Jadi apakah perbezaan antara ketiga-tiga cip Apple M4 tahun ini? Jadual di bawah akan meringkaskannya untuk anda.
| Cip | Apple M4 | Apple M4 Pro | Apple M4 Max |
| CPU | 10 Teras 4 Teras Prestasi 6 Teras Kecekapan | 14 Teras 10 Teras Prestasi 4 Teras Kecekapan | 16 Teras 12 Teras Prestasi 4 Teras Kecekapan |
| GPU | 10 Teras | 20 Teras | 40 Teras |
| NPU | 16 Teras 38 TOPS | 16 Teras 38 TOPS | 16 Teras 38 TOPS |
| Memori | Sehingga 32GB 120GB/s | Sehingga 64GB 273GB/s | Sehingga 128GB 546GB/s |
| Thunderbolt | Thunderbolt 4 | Thunderbolt 5 | Thunderbolt 5 |