Meta AI Kini Mempunyai Lebih 500 Juta Pengguna
Aman
Mark Zuckerberg kini berkongsi perkhidmatan kecerdasan buatan janaan mereka, Meta AI kini mempunyai lebih daripada 500 juta pengguna seluruh dunia. Ini sekaligus menjadikannya antara perkhidmatan dengan angka pengguna yang tinggi, walaupun tidak diperkenalkan meluas di pelbagai negara, termasuk di Malaysia.

Perkongsian angka ini hadir selari Mark Zuckerberg menyatakan Meta AI bakal menjadi perkhidmatan kecerdasan buatan jaan dengan angka pengguna paling tinggi menjelang penghujung 2024 ini. ChatGPT sebagai perbandingan mempunyai 250 juta pengguna aktif mingguan.
Dengan minggu-minggu akan datang, Meta dijangka memperluaskan lagi penawaran Meta AI kepada pengguna negara baharu, sekaligus menambah lagi angka pengguna aktifnya.
Meta AI diintegrasikan terus pada aplikasi Facebook, Instagram dan WhatsApp – membolehkan pengguna bertanyakan pelbagai soalan, malah turut menjana gambar melaluinya. Bergerak kehadapan, Meta turut dijangka memposisikan ia sebagai sebuah enjin carian berkuasa, tanpa perlu bergantung kepada penyedia perkhidmatan lain. Sebelum ini, ia telah dikongsikan Meta AI bakal diperkenalkan kepada pengguna Malaysia tidak lama lagi.