Threads Kini Mempunyai Hampir 275 Juta Pengguna Aktif Bulanan – Menambah 1 Juta Pengguna Setiap Hari
Aman
Threads merupakan perkhidmatan seumpama Twitter yang diperkenalkan oleh Meta, melalui integrasi akaun bersama Instagram. Ketika pengenalan, Threads mencatatkan rekod tersendiri apabila berjaya mencapai lebih 100 juta pengguna berdaftar dalam masa yang singkat.
Terbaru, Mark Zuckerberg berkongsi menyatakan perkhidmatan sosial berkenaan mempunyai hampir 275 juta pengguna aktif bulanan. Ini sekaligus memperlihatkan perkhidmatan tersebut semakin aktif digunakan pengguna seluruh dunia dalam berkongsi pelbagai perkara, dan kekal berkomunikasi dengan rakan-rakan lain.
Pada masa yang sama, Mark Zuckerberg turut menyatakan lebih 1 juta pengguna baharu ditambah ke perkhidmatan berkenaan setiap hari.
Hal ini juga mungkin selari dengan pelbagai masalah yang dihadapi oleh X, membuatkan pengguna mula beralih ke perkhidmatan alternatif seperti Bluesky, Threads dan lain-lain.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.