Meta sedia menawarkan model kecerdasan buatan mereka, Llama dalam bentuk sumber terbuka – sekaligus membolehkan ramai yang membangunkan penyelesaian kecerdasan buatan masing-masing, menggunakan model bahasa raya oleh Meta. Terbaru, selari pelbagai perkongsian, Mark Zuckerberg turut berkongsi yang kini Meta sedang melatih model Llama 4, dengan sasaran pengenalan pada awaln 2025 kelak.
Model Llama 4 ini sedang dilatih menggunakan kluster yang lebih besar berbanding 100,000 H100, atau apa yang pernah dilaporkan setakat ini. Sebelum ini, Elon Musk telah mengatakan mereka mempunyai kluster melatih AI terbesar di dunia, dengan 100,000 NVIDIA H100. Kuasa perkomputeran yang lebih tinggi dilihat diperlukan untuk melatih model AI, dalam memastikan ia lebih pintar dan berupaya.
Buat masa ini, ia masih belum dikongsikan berkenaan ciri-ciri dan penambahan baharu yang akan diperkenalkan melalui Llama 4. Mark Zuckerberg sekadar menyatakan ia akan mempunyai sokongan penaakulan lebih baik, selain beroperasi lebih pantas.