Honor telah melancarkan telefon pintar baharu Magic7 dan Magic7 Pro di China. Kedua-duanya menggabungkan elemen moden dan perkakasan dalaman terkini dalam bantu mengekalkan identitinya sebagai sebuah peranti mercu. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk kedua-dua peranti.
Honor Magic7 Pro menggunakan skrin melengkung OLED LTPO FHD+ 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 1600nits. Skrin juga mempunyai kaca pelindung HONOR Rhino Glass di samping teknologi 4320Hz PWM Dimming yang mampu meminimumkan isu kerlipan.
Dari segi prestasi, Magic7 Pro dijana oleh cip Snapdragon 8 Elite, memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 1TB UFS 4.0. Selain itu mempunyai cip RF baharu yang dipertingkatkan kecekapan tenaga bersama sistem penyejukan lebih canggih. Di samping menjalankan perisian terkini MagicUI 9.0 berasaskan Android 15 dengan penekanan terhadap prestasi sistem dan teknologi AI dipertingkatkan.
Sistem kamera utama dilengkapi dengan 50MP lebar (OmniVision OVH9000), 50MP ultra-lebar + makro dan 200MP telefoto (OIS) sehingga zum optikal3X/ digital 100X. Kamera hadapan sebesar 50MP bersama sensor 3D Depth. Bateri pula sebesar 5850mAh yang boleh dicas melalui pengecasan pantas berwayar 100W dan nirwayar 80W. Lain-lain spesifikasi termasuk pengimbas cap jari di skrin, pembesar suara stereo (DTS:X Ultra), inframerah dan kalis air IP68/IP69.
Honor Magic7 pula menggunakan skrin rata LTPO OLED FHD+ 6.78 dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 1600nits. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 8 Elite, memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 1TB UFS 4.0. Selain turut menjalankan perisian terkini MagicUI 9.0 berasaskan Android 15 dengan penekanan terhadap prestasi sistem dan teknologi AI dipertingkatkan.
Magic7 mempunyai tri-sensor 50MP untuk lebar (OmniVision OVH9000), ultra-lebar/makro dan telefoto (OIS) sehingga zum optikal 3X/digital 50X. Sementara itu kamera swafoto pula sebesar 50MP dengan keupayaan merakam video 4K/60FPS. Antara ciri lain yang boleh ditemui ialah bateri berkapasiti 5650mAh, pengecasan berwayar 100W, pengecasan nirwayar 80W, pengimbas cap jari di skrin, pembesar suara stereo (DTS:X Ultra ) dan kalis air IP68/IP69.
Harga jualan di China bermula RMB 4499 (~RM2,764.64) untuk Magic7 dan bermula RMB 5699 (~RM3,502) untuk Magic7 Pro. Honor turut memaklumkan bahawa Magic RSR Porsche Design akan tersedia pada akhir tahun, dengan dua warna tambahan iaitu Provence Purple dan Agate Grey.