Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Menyaring Perbualan Mengikut Senarai Rakan-Rakan
WhatsApp kini memperkenalkan ciri baharu dalam lebih memudahkan para pengguna menguruskan tetingkap perbualan masing-masing, iaitu melalui ciri menyaring perbualan rakan-rakan. Seperti semua sedia maklum, sebelum ini WhatsApp sedia membolehkan pengguna melihat perbualan yang belum dibaca, perbualan berkumpulan, dan juga perbualan kegemaran.

Melalui kemaskini baharu, WhatsApp membolehkan sesiapa mencipta senarai rakan-rakan mereka tersendiri dan melabelkannya – seterusnya menapis perbualan mengikut senarai tersebut. Ini membolehkan setiap pengguna mencipta senarai rakan-rakan, seperti rakan sekerja, kejiranan, keluarga, dan sebagainya.
Ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan dijangka diaktifkan kepada semua dalam beberapa minggu lagi.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.