Apple Mungkin Menggunakan Cip WiFi Dan Bluetooth Yang Dibangunkan Sendiri Pada iPhone 17
Aman
Apple sedia beralih sedikit demi sedikit kepada penggunaan perkakasan yang dibangunkan sendiri. Selain daripada cip utama yang menguasakan sesuatu peranti, kini Apple turut dalam proses pembangunan cip komunikasi WiFi dan juga Bleutooth. Mengikut perkongsian terbaru yang hadir melalui Ming-Chi Kuo, Apple dijangka menggunakan cip WiFi dan Bluetooth yang dibangunkan sendiri seawal iPhone 17.

Disamping itu, ia turut dikongsikan iPhone SE4 yang dijadualkan pada pertengahan pertama 2024 kelak dijangka akan dikuasakan oleh cip 5G yang dibangunkan oleh Apple, tetapi masih bergantung kepada cip WiFi oleh Broadcom. Pada iPhone 17 kelak, peralihan dijangka dilakukan sepenuhnya kepada cip yang dibangunkan Apple.
Untuk makluman, sebelum ini Apple telah mengambil-alih bahagian modem Intel, dan menubuhkan pasukan khusus dalam pembangunan modem untuk peranti mereka. Dengan langkah ini, Apple mengurangkan lagi kebergantungan kepada pihak lain, selain terus mengukuhkan ekosistem dalaman mereka sendiri.