JEDEC Memperlihatkan Piawaian Untuk Sambungan Memori LPDDR5 CAMM2
Nazrin
Pada awal tahun ini, JEDEC telah memperkenalkan format memori baru yang dinamakan CAMM2 dimana ia merupakan batang memori yang boleh dipasang secara mendatar pada papan induk. Format ini dilihat boleh digunakan untuk kedua-dua binaan komputer desktop dan juga komputer riba, dan memperlihatkan kelajuan yang cukup pantas sekali.
Terkini, JEDEC, badan di sebalik piawaian memori dan storan telah membuat pengumuman berkenaan piawaian untuk sambungan memori LPDDR5 CAMM2 ini. Ia dinamakan LP5CAMM2 dan akan digunakan untuk menyelarikan pembangunan memori jenis CAMM2 di masa akan datang.

Secara ringkasnya, piawaian ini akan membantu dalam meningkatkan integriti isyarat diantara memori, papan induk dan CPU, mengurangkan penggunaan tenaga elektrik berbanding memori LPDDR5 biasa dan membolehkan memori ini untuk hadir dengan rekaan yang lebih padat berbanding penawaran memori biasa, khususnya dengan ketinggian paksi-Z yang sama seperti sebelum ini.
Contoh memori LPDDR5 CAMM2 sudahpun mula diperkenalkan oleh jenama-jenama seperti Kingston dan G.SKILL, tetapi buat masa ini, ia masih belum sedia digunakan kerana hanya dua model papan induk prototaip yang memperlihatkan sokongan untuk memori jenis ini pada masa ini.
[sumber]JEDEC[/sumber]