Apple Kini Menjana Lebih $100 Bilion Setahun Melalui Bahagian Perkhidmatan
Aman
Apple sedia mempunyai bahagian perniagaan khusus memfokuskan perkhidmatan. Melaluinya, ia meliputi perkhidmatan storan awanan iCloud, perniagaan kandungan Apple TV+, Apple Music, Apple Arcade, langganan Apple Care, selain penjanaan keuntungan melalui pelesenan enjin carian dan juga bayaran melalui Apple Pay.

Bahagian perkhidmatan berkenaan telah diumumkan sebagai segmen berasingan sejak 2016 yang lepas dalam setiap penyata tahunan, dan kini pada 2024, bahagian berkenaan mencatatkan pendapatan mencapai $100 bilion.
Dengan kaedah ekosistem tertutup, Apple berjaya menjana pendapatan tambahan daripada para pembeli peranti mereka, apabila melanggan kepada sejumlah perkhidmatan disediakan. Malah, memandangkan kebanyakkan perkhidmatan merupakan bayaran berulang, maka ini memastikan Apple menerima pendapatan berterusan daripada seseorang pelanggan.
Apple pada hari ini mempunyai lebih 2 bilion peranti aktif meliputi telefon pintar, tablet dan komputer, sementara angka pengguna yang melanggan perkhidmatan telah melangkaui 1 bilion.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.