Apple Mengambil Alih Pembangun Penyunting Gambar Popular Pixelmator
Effi Saharudin
Pixelmator mengumumkan mereka telah bersetuju untuk diambil alih oleh Apple. Pembelian syarikat kini menanti kebenaran oleh pihak pengawal selia sebelum boleh diteruskan. Nilai bayaran yang dilakukan Apple tidak pula diumumkan.

Pixelmator membangunkan aplikasi popular Pixelmator Pro dan Photomator pada platform iOS, iPadOS serta macOS. Selepas diambil alih, tiada perubahan akan dilakukan menurut Pixelmator. Kedua-dua aplikasi ialah alternatif popular untuk aplikasi Photoshop dan Illustrator khususnya di kalangan pengguna Mac.
Sejak dibangunkan 17 tahun lalu, Pixelmator Pro kini mempunyai ciri memadam elemen dengan bantuan AI, melakukan suntingan dengan lebih mudah dan juga pelbagai ciri menghasilkan grafik vektor.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.