Carian
U Mobile Akan Kurangkan Pemegang Saham Asing Kepada 20% – Pelanggan U Mobile Guna Kapasiti 5G Paling Tinggi Di Malaysia
November 2, 2024 Aman

U Mobile hari ini berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana dipilih untuk membangunkan Rangkaian 5G Kedua Malaysia. Untuk tujuan berkenaan, U Mobile turut menyatakan akan bekerjasama dengan sejumlah pihak, dalam menjayakan perkara ini – termasuk bersama SKMM, dan juga syarikat telekomunikasi seperti CelcomDigi dan juga Telekom Malaysia dalam menawarkan rangkaian 5G-Advanced kepada para pelanggan.

Disamping itu, U Mobile turut mengatakan aktif bekerjasama dengan penyedia teknologi termasuk Huawei.

Selari dengan ini juga, U Mobile mengatakan akan mengurangkan pegangan saham asing majoriti pada syarikat mereka, kepada 20%, sekaligus memastikan kawalan yang lebih baik di Malaysia. U Mobile juga turut mengalukan pelabur tempatan untuk melabur pada syarikat mereka.

Berkongsi pada hari ini juga, U Mobile mengatakan pada hari ini pelanggan U Mobile menggunakan kapasiti 5G paling tinggi di negara, berbanding penyedia perkhidmatan yang lain.

Komen