Maxis Mengatakan Telah Hantar Cadangan Menyeluruh Untuk Rangkaian 5G Kedua – Menekankan Syarikat Malaysia, Pengalaman 30 Tahun
Aman
Selain pihak CelcomDigi, kini Maxis turut mengeluarkan kenyataan rasmi susulan pemilihan U Mobile sebagai pembangun infrastruktur Rangkaian 5G Kedua Malaysia. Menurut Maxis, mereka telah mengemukakan cadangan teknikal dan komersial yang komprehensif kepada SKMM untuk pembangunan rangkaian 5G kedua.
Maxis turut menekankan cadangan mereka turut merangkumi pengalaman Maxis selama 30 tahun dalam membina, mengendalikan, dan membiayai rangkaian bertaraf tertinggi, selain menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
Cadangan yang dikemukan oleh Maxis adalah berdasarkan kepada teknologi 5G-Advanced, yang turut boleh membantu perusahaan dalam meningkatkan penggunaan 5G, dan bukan untuk pengguna awam semata-mata. Ini selari dengan hasrat kerajaan dalam memperluaskan penggunaan 5G kepada perusahaan. Maxis juga sedia mempunyai lebih 11,000 tapak mudah-alih di seluruh negara yang boleh dinaik-taraf dengan pengalaman 5G.
Maxis menekankan mereka adalah syarikat tempatan Malaysia yang diterajui oleh orang Malaysia, dan dimiliki oleh orang Malaysia dengan pegangan 77% saham.
Buat masa ini, Maxis mengatakan masih meneroka pilihan berkenaan rangkaian 5G, dan memberi jaminan pengguna dan perusahaan akan teurs menikmati akses 5G melalui perjanjian Maxis bersama Digital Nasional Berhad (DNB).
Maxis turut akan menghubungi pihak SKMM dalam memahami rasional disebalik pemilihan dan keputusan mereka berkenaan pembangunan Rangkaian 5G Kedua Malaysia ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.