Kehangatan jualan Apple Vision Pro hanya kekal sementara dengan Apple dilaporkan akan menghentikan pengeluaran set kepala realiti diperluas (XR) bulan ini kerana stok sudahpun mencukupi. Sejak dilancarkan sudah kedengaran beberapa ura-ura set kepal Apple Vision lebih mampu milik akan dilancarkan dalam masa terdekat. Tetapi menurut penganalisa terkemuka Ming-Chi Kuo, Apple Vision lebih mampu milik akan berlaku selepas 2027.
Menurut beliau lagi tahun hadapan Vision Pro yang dikemaskini dengan cip Apple M5 akan dilancarkan terlebih dahulu. Menawarkan set kepala lebih murah dengan ciri yang dikurangkan mungkin bukan strategi yang akan berjaya. Seperti telah kami laporan sebelum ini, set kepala Apple Vision lebih murah tidak akan dilengkapi skrin OLED di bahagian luar.
Kuo menambah strategi menawarkan model lebih murah tidak semestinya berjaya seperti yang dapat dilihat pada HomePod dengan HomePod Mini masih kurang mendapat sambutan awam walaupun dijual pada harga yang lebih mampu milik.