Carian
Semua iPhone 17 Mungkin Akan Dilengkapi Skrin LTPO 120Hz
November 4, 2024 Fahim Zahar

Tahun hadapan, Apple dijangka akan menggantikan model iPhone Plus dengan Slim. Model ini dikatakan akan menggunakan spesifikasi mercu tetapi untuk penggunaan asas seperti hanya mempunyai satu kamera. Terbaru, ETNews melaporkan yang kesemua iPhone 17 akan dilengkapi dengan skrin OLED LTPO 120Hz.

Skrin iPhone 16, Siri.

Sejak tahun 2021, ciri ProMotion untuk skrin disegarkan semula pada kadar 120Hz dihadkan pada model Pro sahaja. Ini kerana, ciri ProMotion Apple memerlukan teknologi LTPO untuk ia berfungsi dengan baik. Bermula tahun 2025 untuk keempat-empat model iPhone 17, Apple akan menggunakan panel OLED LTPO pada kesemuanya. Samsung dan LG dikatakan masih menjadi pembekal setia Apple.

Skrin iPhone 16, gaming.

Samsung dipilih sebagai pembekal utama untuk kesemua iPhone 17, sementara LG dipilih untuk membekal skrin model Slim dan Pro sahaja. Apple turut dilaporkan mencari pembekal China tetapi buat masa ini ia hanya menerima bekalan panel OLED LTPS 60Hz untuk iPhone model asas. Jika laporan ini menjadi kenyataan tahun hadapan, kita boleh lihat penamat untuk skrin 60Hz pada telefon pintar. Sama-sama kita nantikan.

Komen