Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini berkongsi menyatakan sebahagian daripada peruntukkan keseluruhan RM20 juta akan digunakan dalam membangunkan dan membina sebuah stadium esukan. Buat masa ini, lokasi pemilihan untuk stadium berkenaan masih tidak dikongsikan.
Baki peruntukkan Belanjawan 2025 pula akan digunakan untuk tujuan latihan serta aktiviti esukan yang lain. TPM sebagai pengerusi Majlis TVET Negara turut melihat TVET akan memainkan peranan dalam membangunkan ekosistem esukan melalui latihan yang bukan memfokuskan pemain sahaja, tetapi juga tenaga kerja mahir yang menguasai kemahiran seperti pengurusan acara, kejurulatihan, penghasilan kandungan, dan teknikal penyiaran.
Seperti ramai sedia maklum, arena esukan kian berkembang kebelakangan ini, malah turut memperlihatkan ramai pemain Malaysia yang membawa pulang kejuaraan dan hadiah. Secara keseluruhan, arena esukan sendiri dijangka memberikan impak besar kepada negara, terutama dalam bidang kreatif dan teknologi.