DJI bukan lagi syarikat yang terkenal dengan dron, tetapi kini telah dikenali sebagai syarikat barangan kamera yang cukup terkenal. Antara kelengkapan mereka yang ramai gunakan selain dron adalah gimbal, kamera aksi dan mikrofon. Terbaru, DJI Mic Mini telah tertiris bagi bersaing dengan Hollyland LARK M2.
Hollyland LARK M2 menjadi popular kerana rekaan mikrofon yang sangat kecil dan boleh menyamar menjadi butang tetapi masih mampu memberikan kualiti audio yang cukup baik. Mikrofon DJI pula, ia agak berat dan besar jadi model baharu yang tertiris ini berpotensi menjadi pesaing baharu. Terdapat dua warna iaitu Artic White dan Infinity Black, kemudian terdapat sepit terbina di belakangnya untuk diklip pada pakaian.
Butang fizikal asas seperti untuk sambungan dan kuasa disertakan. Kemudian lampu LED untuk indikasi turut dikekalkan. Spesifikasi mikrofon dan ketahanan bateri masih tidak jelas buat masa ini. DJI Mic Mini dikatakan akan dijual pada harga sekitar $45 (~RM196) dan mungkin akan menjadi aksesori pencipta kandungan penting yang paling mampu milik. Sama-sama kita nantikan informasi lanjut mengenai mikrofon ini.