Xiaomi 15 Ultra Dikatakan Akan Menggunakan Kamera Telefoto 200MP
Fahim Zahar
Xiaomi 15 telah pun dilancarkan dengan kamera Leica baharu serta cip Snapdragon 8 Elite. Jika siri Xiaomi 14 dan Xiaomi 14T tahun ini telah mengubah persepsi orang ramai terhadap fotografi profesional melalui telefon pintar, siri Xiaomi 15 dikatakan akan membuatkan orang ramai lebih terkejut dengan kualitinya. Terbaru, spesifikasi kamera untuk Xiaomi 15 Ultra pula telah tertiris.

Xiaomi 15 Ultra juga dikatakan akan dijana cip Snapdragon 8 Elite. Kamera utama pada peranti ini dikatakan akan kekal dengan sensor 50MP dengan bukaan lensa bolehsuai. Bukaan lensa lalai adalah f/1.6x dan untuk sensor telefoto dikatakan adalah jenis 200MP dengan kebolehan zum optikal 4.3x, f/2.6 dan mimik lensa kamera bersaiz 25.x mm sebenar.

Xiaomi dikatakan akan menggunakan gabungan sensor ISOCELL JN5 oleh Samsung, sensor OmniVision OV32B dan satu sensor Sony yang belum dinyatakan. Ia mungkin di bawah siri LYT atau Light Fusion sama seperti Xiaomi 14T. Sama-sama kita nantikan informasi lanjut.
[sumber] Gizmochina [/sumber]