Realme GT7 Pro Kini Rasmi Dengan Cip Snapdragon 8 Elite Dan Bateri 6,500mAh
Amy Maizuraa
Realme secara rasminya melancarkan telefon mercu baharu GT7 Pro di China pada hari ini. Selain daripada penawaran kemasan yang menarik, Realme juga menumpukan perhatian terhadap menambahbaik pengalaman pengguna yang menyenangkan.

Realme GT7 Pro menggunakan skrin melengkung 8T LTPO Eco OLED Plus 120Hz daripada Samsung sebesar 6.78-inci dengan kecerahan puncak mencapai 6,000 nits. Terdapat juga ciri HDR 10+ dan Dolby Vision disertakan sebagai pelengkap. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 8 Elite, memori sehingga 16 GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 1TB UFS 4.0. Selain turut menjalankan perisian Realme UI 6.0 berasaskan Android 15 dengan penekanan terhadap prestasi sistem dan ciri berasaskan AI yang dipertingkatkan. Ia termasuklah fungsi AI Zoom Ultra Clarity yang boleh meningkatkan kejelasan dalam tangkapan gambar telefoto.

Realme GT 7 Pro mempunyai kamera utama 50MP (Sony IMX906, OIS), ultra lebar 8MP dengan aperture f/2.2 dan telefoto periskop 50MP (IMX882) sehingga zum optikal 3X/ hibrid 120X. Sementara itu kamera swafoto pula sebesar 16MP dengan sensor aperture f/2.45. Antara ciri lain yang boleh ditemui ialah bateri silikon-karbon 6500mAh, pengecasan berwayar 120W, pengimbas cap jari di skrin, pembesar suara stereo (Hi-Res) dan kalis air IP68+IP69.

Harga jualan di China bermula RMB 3699 (~RM2,277) sebuah. Pelancaran di Malaysia pula telah dijadualkan berlangsung pada 18 November 2024.
[info] Baca – Mencuba Realme GT7 Pro – Telefon Gaming Terbaik 2024 [/info]