Yes 5G Menawarkan Data 999GB Pada Harga RM1 Untuk Pelanggan Prabayar Dan Pascabayar
Nazrin
Jika anda seorang pelanggan pra-bayar ataupun pascabayar pelan telekomunikasi Yes 5G, syarikat tersebut baru-baru ini telah memperkenalkan kempen KAWKAWKAW dimana pelanggan-pelanggan mereka boleh mendapatkan tambahan data sebanyak 999GB dengan hanya perlu membayar RM1.

Untuk para pelanggan pra-bayar ataupun pascabayar Yes 5G yang melanggan pelan bernilai RM20 keatas, anda kini boleh ke aplikasi MyYes, pergi ke menu Add On dan memilih pilihan RM1 KAWKAWKAW dan membelinya untuk mengaktifkan pilihan tersebut.

Kempen ini KAWKAWKAW ini bermula hari ini, 5 November 2024 sehingga 5 Februari 2025 kelak, dan nampaknya merupakan sebuah pelan pembelian satu kali yang bermakna data 999GB ini boleh dimanfaatkan sepanjang tempoh kempen ini, dan data ini boleh digunakan untuk tujuan hotspot juga, untuk pelan yang mempunyai pilihan untuk hotspot.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen KAWKAWKAW Yes 5G ini, anda boleh melayari laman web Yes 5G.