Samsung Galaxy A16 5G Mula Disenaraikan Di Laman Web Rasmi Malaysia
Amy Maizuraa
Semakan kami mendapati telefon baharu Samsung Galaxy A16 5G telah mula disenaraikan di Malaysia. Kemaskini perisian lebih panjang mencapai enam tahun pada peranti antara fokus menjadi tumpuan ramai. Selain itu masih mengekalkan binaan yang menyerupai beberapa generasi sebelum.

Melihat maklumat produk tersedia menunjukkan peranti boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu Light Green, Blue Black dan Gold. Ini dipadankan dengan skrin Super AMOLED FHD+ sebesar 6.7-inci dan kadar segar semula 90Hz. Tiada butiran mengenai cip pemproses namun yang pastinya gabungan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB disertakan.
Sistem kamera utama terdiri dengan 50MP + 5MP + 2MP diikuti dengan kamera swafoto sebesar 13MP. Bateri 5,000mAh digunakan pula boleh dicas semula melalui port USB-C. Setakat artikel ini ditulis, peranti dilihat sekadar disenaraikan dan tiada maklumat mengenai harga jualan yang ditemui. Ia bagaimanapun berpotensi diumumkan dalam masa terdekat ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.