Elon Musk Mengatakan Tiada Perancangan Membangunkan Telefon Tesla
Aman
Elon Musk hari ini melalui podsiar berkongsi menyatakan Tesla tiada perancangan untuk hadir dengan telefon Tesla atau Tesla Phone buat masa ini, dan lebih memfokuskan kepada penyelesaian kenderaan elektrik dan simpanan kuasa. Elon Musk mengatakan mereka dalam posisi yang baik sekiranya perlu hadir dengan alternatif ketiga selain iPhone dan telefon Android – namun tiada keperluan pada hari ini.
Menjawab pertanyaan lanjut, Elon Musk mengatakan sekiranya berlaku sebarang halangan atau perkara yang tidak sepatutnya oleh pembangun sistem operasi atau peranti, maka ia mungkin membuatkan Tesla untuk memasuki arena berkenaan. Tetapi, pada hari ini, arena peranti mudah-alih adalah sihat, dan tidak memerlukan sebarang perubahan drastik.
Sebelum ini, beberapa kali telah hadir desas-desus berkenaan Tesla Phone, dan melalui podsiar hari ini, Elon Musk turut mengesahkan tiada sebarang perbincangan berkenaan dengannya yang berlaku dalam syarikat mereka.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.