X Memperkenalkan Kedai Menjual Barangan Cenderamata Rasmi
Aman
X kini turut melancarkan kedai menjual barangan cenderamata rasmi secara atas-talian, dan menawarkan produk seperti baju-t dan juga topi. Buat masa ini, hanya dua produk yang ditawarkan, dan mengatakan akan menambah lebih banyak produk pada masa akan datang.

Ditawarkan melalui X Shop, ia menyenaraikan baju-t pada harga $35, dan topi juga turut ditawarkan pada harga $35. Penawaran ini mungkin menyasarkan peminat tegar platform berkenaan, yang kini boleh mendapatkan cenderamata rasmi dan memakainya ketika pergi ke mana-mana.
Buat masa ini, produk X Shop ditawarkan untuk penghantaran di Amerika Syarikat sahaja, dan mengatakan bakal diperluaskan ke pasaran lain. Namun, tiada sebarang tarikh pengenalan dikongsikan.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.