Nilai Bitcoin Kini Hampir $75,000 – Tertinggi Dalam Sejarah
Effi Saharudin
Nilai Bitcoin melonjak naik hampir $75,000 selepas Donald Trump dilihat akan memenangi pilihanraya Presiden Amerika Syarikat. Ketika artikel ditulis, nilai Bitcoin sudahpun melebih $74,000 (~RM 326,000) dengan menunjukkan trend akan terus meningkat. Ini dengan mudah memintas nilai tertinggi $72,175 (~RM 311,000) yang dicatatkan pada Mei yang lalu.

Peningkatan nilai Bitcoin berlaku kerana Donald Trump dilihat sebagai presiden yang akan mempunyai polisi mesra wang kripto. Semasa berkempen, beliau melancarkan projek kripto World Liberty Financial beliau sendiri bagi menunjukkan kesungguhan menyokong pasaran kripto.
Selain Bitcoin, mata wang kripto lain seperti Ethereum, Solana dan Dogecoin juga menunjukkan peningkatan positif.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.