Penghantaran tablet global meningkat kepada 37.4 juta unit pada kadar 11% tahun ke tahun pada Q3 2024, demikian menurut laporan terkini Canalys. Peningkatan itu didorong oleh momentum permintaan pengguna yang menggalakkan untuk segmen tablet. Di samping strategi penjual yang menurunkan harga produk untuk tempoh masa tertentu bantu meningkat penjualan.
Apple dilihat masih kekal ditangga teratas dengan 36.3% bahagian pasaran dan 13.6 juta unit tablet terjual. Pertumbuhan ini disokong oleh permintaan yang kukuh untuk iPad Mini baharu yang turut membawakan ciri Apple Intelligence. Samsung menduduki tangga kedua dengan penghantaran tablet sebanyak 6.9 juta unit dan peningkatan unjuran pertumbuhan sebanyak 12.4% dari tahun-ke-tahun. Lenovo, Huawei dan Xiaomi juga melengkapkan carta lima teratas.
Lenovo menunjukkan pertumbuhan sebanyak 14.4% dari tahun-ke-tahun, manakala Xiaomi pula menunjukkan pencapaian paling menakjubkan dengan peningkatan paling tinggi mencapai 58.4% dari tahun-ke-tahun. Huawei pula menghantar sebanyak 2.9 juta unit yang bersamaan dengan pertumbuhan 28.8% dari tahun-ke-tahun.