Pengguna Waze di Malaysia dan juga seluruh dunia kini melaporkan masalah pada aplikasi navigasi berkenaan, dimana ia berubah kepada bahasa secara rawak, termasuk memaparkan bahasa Hebrew, Rusia dan sebagainya.
Selain pada paparan antaramuka yang mengubah bahasa secara rawak, Waze juga mengalami masalah sama dalam suara untuk navigasi dan beberapa perkara lain.
Ia tidak diketahui apakah punca sebalik pepijat ini. Buat masa ini, pihak Waze masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan dengan masalah ini.