OpenAI Mendapatkan Nama Domain Chat.com
Aman
OpenAI yang merupakan penyedia perkhidmatan ChatGPT, kini dilihat telah mendapatkan dan membeli nama domain yang lebih pendek, iaitu Chat.com. Melalui semakan semasa, apabila pengguna membuka nama domain Chat.com, ia akan membawa pengguna ke perkhidmatan ChatGPT.
Ia tidak diketahui berapakah nilai yang dibayar oleh OpenAI untuk mendapatkan nama domain tersebut. Mengikut semakan, sebelum ini pemilik Chat.com terakhir telah membelinya pada nilai $15.5 juta pada 2023, sekaligus menjadikannya antara nama domain yang bernilai tinggi di pasaran.
Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada pihak OpenAI akan melakukan penjenamaan semula atau sebaliknya daripada ChatGPT kepada Chat sahaja.

Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.