Australia Akan Perkenal RUU Haramkan Remaja Bawah 16 Tahun Menggunakan Media Sosial
Effi Saharudin
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese hari ini mengumumkan pentadbiran beliau akan memperkenalkan rang undang undang yang mengharamkan penggunaan media sosial kepada individu di bawah usia 16 tahun. RUU akan dibentangkan tahun ini dan akan berkuat kuasa setahun selepas diluluskan oleh parlimen.

Sekiranya menjadi kenyataan, Australia akan menjadi negara dengan RUU mengharamkan penggunaan media sosial di kalang individu bawah umur paling ketat di dunia. Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka. Menurut Albanese, langkah diambil kerana “media sosial mendatangkan mudarat kepada kanak-kanak dan beliau akan menghentikannya daripada berterusan”.
Di bawah RUU ini media sosial seperti Facebook, TikTok, Instagram, X dan YouTube akan terkesan. Wakil kesemua media sosial masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai rancangan Australia ini. Selain Australia, Perancis juga mempunyai RUU mengharamkan penggunaan media sosial oleh individu bawah umur tetapi terdapat kelonggaran kepada mereka yang mendapat kebenaran ibu bapa.
[sumber] Reuters [/sumber]