U Mobile Umum Straits Mobile Investment Akan Kurangkan Pemilikan Saham Kepada 20%
Aman
U Mobile hari ini berkongsi mengatakan Straits Mobile Investment Pte Ltd (yang dimiliki sepenuhnya oleh ST Telemedia) telah pun bersetuju dengan penyelarasan strategik, sekaligus mengurangkan pemilikan saham kepada 20%. Langkah ini juga dijangka meningkatkan peratusan pemilikan tempatan pada U Mobile.
Sebelum ini, SKMM telah memilih U Mobile untuk membangunkan rangkaian 5G kedua di Malaysia. Beberapa perkara diperkatakan ketika itu, termasuk berkenaan dengan pemilikan saham asing.
Pada masa yang sama, U Mobile turut menekankan mereka telah melabur lebih RM5 bilion dalam infrastruktur rangkaian, dan mempunyai lebih 10,000 tapak rangkaian dengan liputan kawasan berpenduduk mencapai 95% – setanding rakan industri lain.
Berkenaan dengan kedudukan kewangan, U Mobile mengatakan mereka mempunyai sokongan kewangan yang kukuh daripada para pemegang saham, institusi kewangan seperti UOB, CIMB dan AmBank, serta rakan kerjasama yang lain.
U Mobile melalui kenyataan media yang dikeluarkan hari ini turut menekankan yang mana mereka berada dalam kedudukan terbaik untuk menjadi penyedia rangkaian 5G kedua negara.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.