Trend peningkatan nilai kripto berterusan hujung minggu lalu dengan Bitcoin kini melangkaui $81,000. Ini memecahkan rekod $76,00 yang dicatatkan pada Jumaat lalu. Ketika artikel ditulis, nilai satu Bitcoin kini ialah $81,350 (~RM 358,000) dan masih terus meningkat. Sejak kemenangan Donald Trump dan pilihanraya Presiden Amerika Syarikat, nilai Bitcoin meningkat lebih 18%.
Nilai dijangka akan semakin meningkat dalam masa beberapa hari lagi sehinggalah Trump secara rasmi dilantik menjadi Presiden pada Januari 2025. Semasa berkempen Trump menegaskan akan menggunakan wang kripto dengan beliau sendiri melancarkan token peribadi yang dijual kepada penyokong.