Carian
Oppo Menerajui Pegangan Pasaran Telefon Pintar Asia Tenggara Pada Q3 2024
November 11, 2024 Amy Maizuraa

Pasaran telefon pintar Asia Tenggara menunjukkan trend peningkatan mencapai 15% bagi Q3 2024 menurut laporan terkini Canalys. Dalam kenyataan itu, Canalys berkata Oppo menerajui pasaran telefon pintar Asia Tenggara termasuk di Malaysia dengan 5.1 juta unit dihantar bersamaan sebanyak 21% bahagian pegangan pasaran. Kenaikan ini didorong oleh populariti untuk peranti kelas asas yang dijenamakan semula seperti Oppo A3X dan A3. Diikuti rapat pula oleh Samsung dengan bahagian pasaran sebanyak 16%, Transsion (16%), Xiaomi (15%) dan Vivo (10%).

Canalys menambah, seiring dengan perkembangan teknologi, trend ini juga akan terus berkembang dan berinovasi. Tambahan pula setiap pengeluar mempunyai cara tersendiri dalam proses meningkatkan serta mempromosi produk sesuai dengan keperluan target pengguna. Misalnya seperti Oppo dan Samsung yang meningkatkan pelaburan mereka melalui kedai-kedai premium di seluruh Asia Tenggara untuk meluaskan jangkauan dalam pasaran hari ini. Honor dan Xiaomi pula mengembangkan perkongsian dengan pengendali rangkaian mudah alih di Thailand dan Malaysia untuk menjangkau pengguna yang lebih meluas.

Komen