Carian
Tupai Kini Boleh Diakses – Memudahkan Pengguna Mempelajari Matematik Melalui Bantuan AI
November 11, 2024 Aman

Tupai, sebuah syarikat tempatan yang memfokuskan pendidikan, kini telah membuka akses awam kepada perkhidmatan mereka, membolehkan para pelajar untuk mendaftar dan menggunakan Tupai dalam mempelajari mata pelajaran matematik.

Tupai menyediakan perkhidmatan dalam antaramuka berbentuk permesejan, dimana para pelajar boleh bertanyakan soalan dan berinteraksi seperti bertanya kepada rakan-rakan atau cikgu. Tupai seterusnya akan memberikan maklumbalas, dan mengajar para pelajar langkah demi langkah dalam menyelesaikan sesuatu masalah – sekaligus memudahkan lagi pemahaman dalam penyelesaian masalah. Tupai menjayakan sokongan ini melalui penggunaan model kecerdasan buatan.

Sebanyak dua pelan ditawarkan dibawa Tupai, iaitu versi percuma yang mengehadkan penggunaan hanya sejam seminggu serta akses kepada satu kertas ujian, atau pelan RM80 sebulan yang memberikan akses tanpa had untuk Tupai dan pelbagai kertas ujian.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak Tupai hari ini, dan mencuba dalam membantu anak-anak atau adik-beradik kita dalam mempelajari dan memahami matematik dengan lebih baik.

Komen