Steam Deck Kini Ditawarkan Dalam Warna Putih
Effi Saharudin
Konsol mudah alih Steam Deck akhirnya ditawarkan dalam warna putih setelah sekian lama hanya ditawarkan dalam warna hitam legap. Steam Deck OLED: Limited Edition White seperti namanya adalah konsol yang ditawarkan dalam jumlah yang terhad.

Ia masih dilengkapi skrin 7.4″ OLED 90Hz dengan resolusi 1280 x 800 pixel, dipadankan dengan cip AMD Zen 2, memori 16GB LPDDR5 RAM, storan SSD 1TB NVMe, dan bateri 50Whr yang menyokong pengecasan 45W.

Konsol mudah alih ini dijual pada harga $679 (~RM 3007) sebuah dengan ia adalah $30 lebih mahal berbanding Steam Deck OLED dalam warna hitam. Dengan setiap pembelian, sebuah Steam Deck OLED dalam warna putih serta kelabu dapat dimiliki bersama dengan bekas simpanan yang juga berwarna putih.