Huawei Buka Dua Cawangan Baharu Experience Store Di Sunway Pyramid Dan One Utama
Penulis Tamu
Huawei telah membuka dua cawangan kedai fizikal baharunya pada bulan ini iaitu di Sunway Pyramid dan One Utama. Pembukaan lokasi baru ini seiring dengan visi Huawei untuk terus memberikan perkhidmatan dengan penuh profesional dan terbaik terutama sekali dalam era moden yang realitinya semua perlu seimbang dalam berbagai aspek. Dalam masa sama memudahkan pengunjung untuk mencuba produk Huawei yang terkini secara lebih dekat di samping menyesuaikan tawaran mengikut keperluan mereka.
Sempena pembukaan ini juga, 2000 pelanggan pertama yang mengunjungi kedai baharu ini berpeluang untuk menerima hadiah termasuk beg edisi terhad dan satu set pelekat Panda Huawei Watch GT5. Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan bagi menambah kemeriahan pembukaan itu serta menggalakkan orang ramai untuk mengambil bahagian. Ia termasuklah mencuba fungsi kecergasan pada semua siri Huawei Watch GT5, melukis pada Huawei MatePad Pro dan mencuba kamera Huawei Pura70.
Huawei turut menganjurkan bengkel-bengkel kreatif yang merangkumi Bengkel Seni Digital GoPaint, Bengkel Fotografi Mudah Alih XMAGE dan Sesi Yoga Light Up Your Rings untuk mengasah bakat pengunjung, serta menguasai teknik berkarya secara kreatif. Bengkel ini akan diadakan pada 16 dan 17 November yang bertempat di Sunway Pyramid dan 1 Utama. Sepanjang bengkel berlangsung, pengunjung turut boleh menikmati pelbagai servis percuma antaranya seperti menukar perlindungan skrin dan membersihkan peranti.
Dalam pada itu, Huawei juga telah menganjurkan sebuah jerayawara yang diadakan di pusat beli belah Pavilion Kuala Lumpur, Connection Canopy sehingga 17 November 2024. Pameran ini adalah bertujuan untuk mempromosikan teknologi-teknologi Huawei yang berasaskan kesihatan seperti siri Huawei Watch GT5. Di sana, pengunjung boleh melibatkan diri dalam aktiviti secara langsung serta berpeluang untuk memenangi jam tangan pintar Huawei Watch GT5.