OnePlus Nord Buds 3 Disenaraikan Di Malaysia Pada Harga RM249
Amy Maizuraa
Oneplus menawarkan Nord Buds 3 di Malaysia dengan harga jualan RM249. Ia merupakan sepasang fon telinga nirwayar bertangkai dengan pod pengecas bujur. Terdapat juga pembatalan hingar aktif hibrid pintar yang boleh melaraskan mod pembatalan secara automatik. Selain itu mempunyai teknologi AI noise cancellation calls untuk mencipta pengalaman audio yang imersef dari berbagai jarak. Turut diikuti juga dengan teknologi BassWave 2.0 untuk bunyi bass yang lebih baik.

Tambatan pantas pula melalui bluetooth 5.4 yang juga menyokong ciri Dual Connection untuk sambungan pada dua peranti serentak. Sementara itu, codec yang disokong pula ialah AAC dan SBC sebagai pelengkap pada fon telinga ini. Penggunaan bersama aplikasi HeyMelody juga disarankan untuk kawalan lebih pelbagai termasuk kebolehan melaraskan tetapan EQ tersedia. Bateri 4,40mAh disertakan boleh berfungsi mencapai 28 jam masa main balik dengan bantuan pod pengecas.
[info] Beli – OnePlus Nord Buds 3 | Shopee Malaysia [/info]