GIMP 3.0 RC 1 Kini Boleh Dimuat Turun
Effi Saharudin
Perisian grafik sumber terbuka GIMP 3.0 Release Candidate 1 kini boleh dimuat turun oleh orang ramai. Aplikasi alternatif kepada Photoshop ini boleh dimuat turun untuk diuji bagi mengumpul maklum balas serta mencari sebarang pepijat sebelum versi akhir ditawarkan kepada umum.

GIMP 3.0 RC 1 membawakan beberapa perubahan seperti ikon alatan pada antaramuka yang kini menggunakan format SVG. Menerusi SVF, ikon akan dipaparkan dengan lebih jelas dan tajam tanpa mengira resolusi skrin GIMP digunakan. Aplikasi juga menyokong resolusi lebih tinggi berbanding versi terdahulu.
Pengurusan warna juga ditambah baik bagi memastikan warna dalam aplikasi adalah tepat dengan warna sebenar. Sebuah lagi ciri baharu ialah sokongan suntingan yang tidak memusnahkan (Non-Destructive Editing) imej asal yang diperkenalkan buat pertama kali. Juga diperbaiki ialah sokongan lebih baik untuk pemalam TIFF dan BMP. Untuk melihat senarai lengkap penambahbaikan serta memuat turun GIMP 3.0 RC, sila ke pautan di bawah.
[download] Muat turun GNU Image Manipulation Program 3.0 RC 1 [download]