Google Play Store Kelak Akan Menyokong Ciri Sambung Muat Turun Yang Terbatal
Fahim Zahar
Tahun ini, banyak perubahan pada Google Play Store telah dilakukan. Antaranya adalah mengemaskini aplikasi yang dipasang secara muat sisi, pengurus muat turun, memuat turun banyak aplikasi serentak dan banyak lagi. Akan datang, ia akan menawarkan ciri menyambung semula muat turun yang terbatal.

Smart Resume boleh sambung muat turun semula jika pengguna tidak sengaja tertekan butang batal terus dari talam notifikasi. Perkara ini dibolehkan kerana setiap kali setiap kali aplikasi dimuat turun dari Play Store, fail akan disimpan secara sementara dalam peranti. Ciri ini dikatakan akan menyimpan fail selama 24 jam sebelum ia dipadam dan selepas itu pengguna tidak lagi boleh sambung muat turun.
Ciri ini turut menyokong aplikasi bersaiz sehingga lebih 2GB tetapi memerlukan ruangan kosong dalam peranti sebanyak 5GB. Smart Secara teorinya, Smart Resume juga sepatutnya berguna jika proses muat turun tergendala kerana terputus sambungan Internet. Buat masa ini masih tidak pasti bila ciri ini akan diberikan kepada semua pengguna dan saya harap dalam masa terdekat kerana ia adalah ciri yang berguna.
[sumber] Android Authority [/sumber]