Laman NFT, Pentas Kini Tidak Lagi Boleh Diakses
Aman
Pentas IO merupakan salah satu platform memfokuskan NFT yang telah meningkat naik ketika populariti NFT suatu ketika dahulu. Namun, sejak kebelakangan ini, perkhidmatan web berkenaan menghadapi masalah untuk diakses – dan hari ini, ia dilihat laman web tersebut tidak lagi boleh diakses sepenuhnya kerana tidak melangsaikan pembayaran kepada penyedia pelayan.

Untuk makluman, sejak beberapa bulan sebelum ini, laman Pentas tidak lagi memaparkan gambar pada platform mereka. Ketika itu, pembangunnya sekadar menyatakan akan memberikan nafas baharu kepada web mereka menjelang Oktober 2024. Namun, kini, nampaknya laman web berkenaan tidak lagi boleh diakses.
Apa yang lebih mendukacitakan adalah kerana MDEC turut mengeluarkan dana berjumlah sehingga RM4 juta melalui platform berkenaan, memberikan pengguna yang menerbitkan karya pada Pentas menerima sedikit imbuhan terus daripada MDEC. Namun, dengan tidak boleh mengakses laman web berkenaan, kini karya-karya tersebut yang menerima imbuhan tidak lagi boleh dilihat.
Pembangun platform berkenaan sendiri dilihat tidak lagi mengeluarkan sebarang komen untuk pelbagai pertanyaan yang diutarakan pengguna berkenaan dengan status laman web mereka. Ia tidak diketahui lagi sama ada Pentas akan berkubur begini sahaja, atau akan ada usaha untuk membaik-pulihnya.