NVIDIA App Dilancarkan Untuk Keperluan Setempat Semua Aplikasi NVIDIA Di PC
Effi Saharudin
NVIDIA App dilancarkan hari ini untuk menjadi pusat setempat menguruskan pelbagai aplikasi NVIDIA di PC. Menerusi aplikasi ini pengguna boleh memuat turun perisian pemandu terkini, melancarkan GeForce Now dan NVIDIA Broadcast. Ia akan secara perlahan-perlahan menggantikan perisian GeForce Experience, RTX Experience dan NVIDIA Control Panel.

Bagi pemilik PC, NVIDIA App akan memberikan akses untuk mengawal G-SYNC, rakaman visual permainan video, kualiti penstriman dan tetapan paling optimum untuk permainan video yang dijalankan. Kemas kini perisian pemandu, senarai perubahan yang dilakukan dan kembali menggunakan versi pemandu terdahulu juga boleh dilakukan dalam aplikasi ini.
Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi pautan ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.