Carian
Fahmi Fadzil: Pengendali Platform Media Sosial Perlu Lebih Proaktif Sekat Kandungan Memudaratkan
November 13, 2024 Amy Maizuraa

Dalam berhadapan dengan pelbagai ancaman terhadap keselamatan siber, privasi dan komuniti, pengendali media sosial sepatutnya turut perlu berganding bahu bantu daripada pelbagai aspek. Misalnya seperti bersikap lebih proaktif dalam menyekat kandungan memudaratkan khususnya melibatkan aktiviti tidak bermoral dan beretika yang menyalahi undang-undang negara.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pengendali platform sosial perlu lebih proaktif dalam membantu kerajaan menyekat sebarang kandungan yang memudaratkan. Beliau berkata demikian selepas pihaknya mendapati pengendali platform media sosial biasanya lambat bertindak dan hanya menurunkan kandungan seumpama itu sekiranya menerima aduan daripada umum. Sedangkan ia sepatutnya perlu dihalang lebih awal untuk mewujudkan persekitaran internet uang selamat.

Dalam pada itu beliau turut menyuarakan pandangan bahawa platform media sosial sepatutnya menggunakan teknologi kecerdasan buatan dalam menyekat kandungan yang memudaratkan itu. Hal ini juga menyebabkan beliau mengatakan kenapa pihaknya mahu semua penyedia yang cukup syarat perlu dilesenkan secara automatik. Sekali gus berpendapat pelaksanaan Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) adalah langkah yang tepat.

Kerajaan sebelum ini memaklumkan bahawa pelaksanaan lesen keatas perkhidmatan media sosial dan pesanan internet akan di kuatkuasa bermula 1 Januari 2025, susulan kerangka kawal langkah itu yang diwartakan pada 1 Ogos lalu. Sehubungan itu pengendali diberi tempoh sebulan untuk memberi maklum balas rasmi berhubung kod tatalaku berkaitan lesen itu sebelum dimuktamadkan kelak.

Komen