Softbank Akan Mengintegrasikan Teknologi AI NVIDIA Pada Rangkaian Selular Jepun
Effi Saharudin
Softbank akan mengintegrasikan teknologi AI NVIDIA pada rangkaian selular Jepun. Ini didedahkan oleh CEO Softbank Masayoshi Son ketika melakukan dialog bersama CEO NVIDIA Jensen Huang. Menurut rangkaian AI radio access network (AI-RAN) akan digunakan oleh syarikat telekomunikasi milik Softbank di Jepun.

Apabila dipadankan dengan superkomputer baharu yang sedang dibina,ia bakal menjadikannya sebuah grid kecerdasan buatan yang merangkumi keseluruhan Jepun. Rangkaian ini akan digunakan oleh kenderaan swapandu serta robot yang digunakan dalam operasi industri. Kecerdasan buatan digunakan untuk menguruskan rangkaian selular bagi memastikan kelajuan internet sentiasa pantas walaupun dalam situasi keperluan tinggi berlaku di sesebuah kawasan.
Turut didedahkan dalam dialog bersama Huang ialah Softbank akan membina superkomputer AI paling berkuasa di Jepun menggunakan cip NVIDIA B200. Superkomputer ini akan menjadi tulang belakang untuk sistem AI-RAN kelak. Superkomputer ini juga digunakan untuk membangunkan teknologi AI Jepun yang pada ketika ini masih di belakang negara-negara maju lain.
[sumber] Japan Today [/sumber]