Netflix Meningkatkan Harga Langganan Di Malaysia
Aman
Netflix, perkhidmatan penstriman video terkemuka di Malaysia, kini dilihat meningkatkan harga langganan mereka untuk para pelanggan tempatan, berkuat-kuasa serta-merta.

Melalui kemaskini terbaru, Netflix Basic ditawarkan pada harga RM29.90 sebulan, Netflix Standard pada harga RM49.90 sebulan, dan Netflix Premium pada harga RM62.90 sebulan. Perubahan baharu ini memperlihatkan peningkatan untuk semua pelan, termasuk Netflix Basic daripada RM28 kepada RM29.90 sebulan, Netflix Standard daripada RM45 sebulan kepada RM49.90 sebulan, dan dari RM55 sebulan kepada RM62.90 sebulan untuk Netflix Premium sebelum ini.
Netflix Mobile yang berharga RM17 sebulan sebelum ini, kini ditingkatkan kepada RM18.90 sebulan.
Selain perubahan harga pada platform penstriman berkenaan, pelbagai berkas langganan daripada penyedia lain turut dijangka memperlihatkan perubahan harga dalam masa terdekat.